Wednesday, September 21, 2011

TQ Cik Epal =)



ok fine. aku terkedu bila Cik Epal respond my request..haaa nampak tak kt gambo atas tu.. haaha..neway tq cik epal on your tips for the Pudding Triffle..seyes meletop hasil tangan awok..this is my final product for the Pudding Triffle.
abaikan serpih2 kastard tu =)

10 Things About Me::


Day 1: 10 things about me::
Aku:
1. suka masak and baking (enjoy sebab hilang stress)
2. no Cofee or Cafein [stomach allergic kot](tapi yg Starbucks bleh lepas plak perut aku =P)
3. benci orang pura-pura baik (pastu depan cakap ok blakang tikam~)
4. fed up ngan orang yang dengki (xleh tgk kita lebih sket~ada je yg die buat supaya kita down)
5. gadget addicted (byk provekorgdah perasan kan~hahah)
6. kalau aku marah sangat kat orang aku akan diam je..tapi kalau dah melampau aku boleh meletop jugak (sape suruh cucuk sarang tebuan~peduli hape aku )
7. jenis kalau marah kat orang kejap je~pastu kesian balik[ hampeh tol ](tapi bukan utk backstabbers which aku akan ignore unless die dtg minta maaf)
8. in dreams of having bunch of hamsters as my pets ( ye ke ayat ni)hahaha~
9. jadi xmenentu apabila tengok baju2 n seluar smart sehingga kalau xbeli pun xhape janji boleh pakai di FITTING ROOM~hahahaha
10. suka benda kemas (design, susunan) [walaupun bilik aku cm hareem tunggan langgang~tapi bile dtg mood aku..kemas gile]nanti aku post slepas aku kasik cantik bilik ye..hoho

Sunday, September 18, 2011

wordless sunday

speechless
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, September 14, 2011

Manusia Manusia::

aku terpikir sesuatu hari ni selepas baca surat khabar hari ni ( baca online je::al maklumla susah nak masuk kertas tu kt sini). aku pelik betul..sepanjang aku hidup selama 25 tahun ni..byk jenis orang yang aku jumpa..apa yg akunak kogsi hari ni boleh la kita sama2 pikirkan.. sehingga skrg mesti mcm2 orang yang korang dah kenal kan..ada yg korang suka ada yg korang rasa nak menganjeng je sbb tak suka.. aku sebenarnya ada mengkategorikan beberapa peel atau kerenah manusia..korang boleh sedia tambah ye.. maklumlah aku pun sedang belajar jugak ni..

Kategori Pertama: Manusia Yang Baik::

Manusia yang macam ni yang memang boleh menjaga hati kita la..dari segi perangai, pemakaian dan juga rupa bukan jadi ukuran. tapi nak kenal orang macam ni kene tengok dari segi amalan nya..akhlak nya juga. sebab ada orang jenis cakap berapi tapi habuk pun tarak. sebab aku ingat lagi ustaz aku ada pesan **Ilmu dan Amal adalah 2 perkara yang berbeza..tak semestinya ko bijak ada semua ilmu agama ko baik ouh tidak selagi ko xmengamalkannya anda belum dikategorikan seperti itu. Manusia yang baik ni selalunya hemah bila berkata-kata pastu kita susah nak tengok dia ni EGO atau BONGKAK...


Kategori Kedua: Manusia yang Buruk::

Maksud aku buruk bukan dr segi rupa. tapi PERANGAInya. Pattern yang selalu aku jumpe kt dunia ni contohnya ::

Teratai : Dahlia, kita kena buat rancangan tahunan ke?
Dahlia : eh, xyah la.. rilek je.
Teratai : Awak xbuat la ek?
Dahlia : maleh la.
Pemantau : Hey Teratai kenapa awak tak buat Rancangan Tahunan?? cuba lah rajin sket macam si Dahlia ni.. semua die buat..
Teratai : err..saya minta maaf cik. (sambil tengok di buku Dahlia~yer die memang buat)

Dibelakang Teratai

Dahlia : cik, saya sebenarnya dah suruh Dahlia buat Rancangan Tahunan tu..tapi ntahla...
Pemantau : laa malasnye die.. bagus la die dapat rakan mcm awak yg boleh menasihati die.

Adess. tak ke macam haremm cengitu perangai orang.. banyak lagi situasi yg boleh aku bagi contoh. tapi cukuplah sekadar itu.

Kategori Ketiga: Manusia Sok Suci::

Haa yang ni la paling bahaya sekali. aku paling tak suke n benci ngan makhluk yang macam ni. nak aku bagi contoh?? contoh yang paling mudah::

Contoh 1::
Dikhalayak ramai depan ustaz2:
Akim : Mat, kenapa ko tak pergi surau baca yasin..kan ke hari ni Malam Jumaat. kan elok mengimarahkan Malam Jumaat. **bla2 ceramah sket.
Mat : Hmm ok2. InsyaAllah aku pergi.

Malam yang sama Mat pergi bilik kawan Mat, nama die Arip . Buka je pintu nampak Akim ngan Arip:

Mat : Akim, Arip, ko tengok apa tu?
Aris : Rilex la Mat. Xjantan la kalau xtengok benda ni.

Sentap hati mak nak. ko sok suci depan ustaz2..tapi belakang macam **(korang label la apa yg patut)

Contoh Dua::

di hadapan orang.
Azam : macam hanjeng kan si Malim tu. ada ke boleh buat aku macam tu. Panas aku. kalau ikut hati aku, aku lempang jugak die tu. Mulut cam taik.
Pais : Jangan cakap macam tu Azam. die manusia gak. Ko banyak la berdoa, Sabar. biar kita jadi golongan yang berssabar.
Orang-Orang : (dalam hati~ bagusnya Pais ni..sangat baik budi bahasa nya)

Dibilik

Pais : Azam, kalau aku jadi ko.. aku g maki je si Malim tu. Biadab tak kena tempat.
Azam : Pttf~ ( dalam hati..bangsat lagi kau dari si Malim tu)

X ke korang sentap bile tengok kejadian ni~ haha..So ini lah tiga je kategori manusia yang aku leh discuss. Banyak lagi..tp sekadar perkongsian yang sedia ada. haha::

Tuesday, September 13, 2011

::Cubaan::

harap maaf ye,ni bukanlah rebiu rancangan akhil hayy itu. hoho..simpang jap. bukanlah aku tak suka rncngan tu tp aku rasa mcm xsesuai je wadah ngan madah. paham? hahaha xpe2 abaikan je. so sebenarnya aku br donlod satu application kt SGT aku..nama die Blogger-droid dimana aku leh hapdet blog kat SGT pakai application ni je. tp aku xtaula sebagus mana app ni. tu yg aku try test jap. hoho kalau ok bolehla kadang2 pakai ni je hapdet. ekceli kan berbaloi pki SGT ni. all in one hands. gambo kt atas tu la mejadi wallpaper SGT ni[try haplod gambo tgk jdi x]..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, September 10, 2011

Nasi Ayam Penyet::

ok ok makcik2, kakak2, abang2 dan juga hadek2 mari sini blajo cmne nak buat nasi ayam penyet. sebelum ni aku mmg suka makan mknn maharaja ni~ credit to Nuex. pastu setiap kali aku ngan family g ke Chow Kit ktorg wajib beli Nasi Ayam Penyet ni kat Maju Junction. Memang sedap la..rugi kalau x beli.. dah slalu beli skrg ni kan dah tercampak ke Sabah xkan nak naik Jet Bapak aku balik ke Maju Junction utk beli? kau hado? terpaksala blajo buat sendiri..mula2 mcm Seriau la(eh korang tau kan seriau tu apa? hahah..**ok2 seriau=risau**bahasa utara ye) nak buat sendiri takut rasa mcm ayam goreng hempap ke tanah kucing pun muntah...tapikan tapikan..Alhamdulillah menjadi...kalau aku buat leh jadi korang apa tah lagi kan? btw resepi ni aku dapat kt blog yg aku cuba cari balik tapi tak jumpa...adess..Maafkan saya ye Tuan Blog..mari kita tengok cmne nak perap ayam ni dulu..

ayam ni korang kena ada seekor. ye la takkan nak masak 1 ketul je..
pastu ni rahsia rempah perapan::

stgh sudu jintan manis, 3 sudu ketumbar, stgh sudu jintan putih (semua ni korang sangai)**tau kan sangai tu apa? sangai tu goreng atas kuali tanpa minyak.
1 sudu serbuk kari ayam babas(korang nak guna yg lain pun boleh tapi Babas ni sedap sket rasa)
1 sudu serbuk kunyit
stgh sudu serbuklada putih
halia tu potong dlm sebesar ibu jari korang.

bahan2 kat atas ni korang campak masuk dalam blender canggih rumah korang. pastu blend dgn sedikit air** sikit je tau..xmo cair sgt sebab nanti nak perap xbest.. pastu korang tambah sedikit garam dalam blender tu dan blend lagi.(jgn kau humban setong garam**rasa la rencah tu lepas letak garam..kalau tak cukup tambah lagi)

pastu dah setel korang perap la ayam tu dgn bahan2 yg dah diblend..perapla dalam satu malam lagi bagus..tapi kalau dah xsabar nak makan masakan korang yg ala2 MasterChef ituh boleh la perap dalam 4 jam cmtu..

ok lepas dah perap..korang boleh la bagi ayam yg korang perap tu berenang dalam lautan tepung beras..kasi golek2 kat tepung beras..yerr jgn terkejut mmg warne die jadi putih lepas digolek2 itu..tujuannye utk kasi ranggup...lepas tu korang leh la goreng ayam tu dalam minyak yg penuh n panas..ingat MINYAK KENE PANAS BETUL2 kalau x ayam tu SEMPUT(xgaring langsung)**mcmana nak tau minyak panas..korang try letak rencah tu sket..kalau die leh goreng maknanya minyak tu dah panas,,,

Pastu nak makan Ayam Penyet ni yg paling penting skali ialah SAMBAL die..so meh sini aku ajar buat sambal die...memang leceh sket tapi berbaloi.

20 btg cili merah( ptg buang bijiknye) potong kecil2
10 bijik cili padi
10 bijik bwg merah korang hiris ( kalau takde letak 5 bijik bwg besar)
3 ulas bwg putih koraang hiris
5 bijik tomato kasi kerat 4 cam biasa
belacan (kalau korang beli yg dalam kotak kecik tu dah cukup) ala dalam panjang jari telunjuk korang pun ok gak..
ikan bilis segenggam
5 sudu gula merah

ok first2 guna minyak dalam stgh cawan korang goreng ikan bilis..pastu letak tepi dlm bekas...pastu korang goreng belacan tadi kejap je tau jgn sampai hangus then letak dalam satu bekas..pastu korang gunakan minyak yang sama masukkan cili, bwg merah dan bwg putih tadi..sampai sume tu layu dalam kuali..masukkan tomato...pastu korang gaul2..tutup api dan letak dalam satu bekas..bagi semua yg korang buat tadi sejuk...pastu masukkan semua tu dalam satu blender Blend sampai separa halus. Pastu masukkan semula dalam kuali takyah bubuh minyak sebab die akan ditumis mcm sambal biasa. pastu korang tambah la gula merah dan garam then agak2 mcm dah gelap2 merah sket leh la tutup api.

pastu korang leh la makan ngan ayam..kalau sedia sehari awal mmg lagi sedap la sambal ni.

Nak buat nasi senang je..m,asak nasi mcm biasa tambah pati ayam knorr dalam tu je. kalau nak tanya apa2 silalah tanya di kotak chat sebelah. =)ni lah die Ayam Penyet yang aku berjaya buat..tapi xde nasi la..hoho..

::Ayam Penyet::



Friday, September 9, 2011

All The News~

Dedicated to Readers that have waited so patiently~ eceh2... under certain circumstances aku unable untuk hapdete blog ni..tapi nak habaq kat hang...memang sibuk la sejak dua menjak ni..sibuk yg amat sangat..haha~ tapi sepanjang 4 bulan ni..byk benda baru yang aku ada~hoohho..cuba tgk last post aku tu adalah 9 May kan..hahah hari ni 9 September..there a lot of new things in shorts ::Gadgets yg aku ada..

**betul la kata Cik Epal..kalau lelaki xcrite pasal gadget memang tak sah..and then aku dah janji ngan Cik Hush untuk hapdete bile dah dapat gadget yang terakhir ni..

ni kira ala2 rivew gadget la..so korang juga leh hapdete macam apa yg aku buat kat sini...hahah..ala2 xmo ketinggalan zaman la..the first item yang aku nak share ngan korang ialah Ipod Touch Zen 3rd generation. ni la first Apple product yg pernah aku grab..haha..
Ipod Touch 3rd Generation
Ipod ni memang best la..kalau korang mcm teringin nak MP3 tapi nak yg advance bleh la beli yg ni..tp skrg ni dah ada yg latest nye..Ipod Touch 4th generation..siap ada camera lagi..satu lagi bndalah ni leh gak main game bagai~ kalau korng macam nak ipad tp mcm xberkemampuan mcm aku ni leh la mencuba Ipod..stil 'I' jugak kan..

Ok2 sekarang kita pg ke item kedua yg aku beli masa kt sini.. item ni aku beli kononnye nak bersemangatla men'six pax'kan perut aku yg ala2 iklan patung sebelum telan Eno Halia tu..haha..adalah barang6 7 hari aku berjoging ditepi pantai umah aku tuh..hahah..pastu last2 malas dah..dengar dalam umah je..sambil bersenam robik..kata KAU..hahaah
Sony Abs MP3
Pastu lepas aku rasa macam susah je nak g KK asyik kene pinjam keta orang je, pastu atas nasihat bapak aku, ustaz Zakri dan few of my colleague aku pun beli la sebijik keta ni..lite2 je..janji bleh bawk aku pg berjimba sana sini..haha..=) Saga FL ni seriously tidak menghampakan aku..mula2 aku agak xberaapa nak berkenan ngan Saga2 ni..pastu lepas test drive aku melekat sket ngan Unta ni..best2..
Saga FL 1.3
then timbul lak masalah kt Lappy kesayangan aku..sejak 6 tahun guna xde masalah pastu die buat hal lak..xleh on la..adess..nasib aku leh lagi selamatkan Hard drive die...haha.pastu aku balik Taiping tros g beli Toshiba. Laptop ni lagi best dari Acer la..die mmg userfrenly la,,pastu aku mmg saspek la dengan kehebatan processor die..rasa mcm takyah tunggu lama2 tros je buka apa yg aku nak...hahha..meh tengok cemana rupe Lappy Toshy aku ni...
Lappy Toshiba L745
Pastu, aku kan skrg ni selalu gak naik turun Burung Firefly..hahah..pastu aku berazam lah nak grab satu benda ni..Samsung Galaxy Tab P1000.. haha..sebab masa kt aiport tu aku tengok kemain lagi masing2 pakai papan sekeping tu..Ipadla Samsung Tab la..dan lain2...aku maleh beli Ipad sbb die xsupport flashplayer tu yg aku beli Samsung tab ni..ala bndalah papan nipis ni skrg dah murah dah..seriously mmg berbaloi pakai bnda ni..aku baru 2 minggu je pakai benda ni tp aku rasa sape2 nak try pakai mmg berbaloi... pastu xdelah masa kt aiport kalau pakai laptop org pandang pelik..hhahaa..=P
Samsung Galaxy Tab P1000
orait2~ minggu depan budak2 nak exam UPSR..InsyaAllah aku ada masa aku hapdete lagi..tp lepas ni bukan pasal gadget2 dah..pasal2 masak2 pulok..haha..Cik Hush promise completed..**


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...