Saturday, September 10, 2011

Nasi Ayam Penyet::

ok ok makcik2, kakak2, abang2 dan juga hadek2 mari sini blajo cmne nak buat nasi ayam penyet. sebelum ni aku mmg suka makan mknn maharaja ni~ credit to Nuex. pastu setiap kali aku ngan family g ke Chow Kit ktorg wajib beli Nasi Ayam Penyet ni kat Maju Junction. Memang sedap la..rugi kalau x beli.. dah slalu beli skrg ni kan dah tercampak ke Sabah xkan nak naik Jet Bapak aku balik ke Maju Junction utk beli? kau hado? terpaksala blajo buat sendiri..mula2 mcm Seriau la(eh korang tau kan seriau tu apa? hahah..**ok2 seriau=risau**bahasa utara ye) nak buat sendiri takut rasa mcm ayam goreng hempap ke tanah kucing pun muntah...tapikan tapikan..Alhamdulillah menjadi...kalau aku buat leh jadi korang apa tah lagi kan? btw resepi ni aku dapat kt blog yg aku cuba cari balik tapi tak jumpa...adess..Maafkan saya ye Tuan Blog..mari kita tengok cmne nak perap ayam ni dulu..

ayam ni korang kena ada seekor. ye la takkan nak masak 1 ketul je..
pastu ni rahsia rempah perapan::

stgh sudu jintan manis, 3 sudu ketumbar, stgh sudu jintan putih (semua ni korang sangai)**tau kan sangai tu apa? sangai tu goreng atas kuali tanpa minyak.
1 sudu serbuk kari ayam babas(korang nak guna yg lain pun boleh tapi Babas ni sedap sket rasa)
1 sudu serbuk kunyit
stgh sudu serbuklada putih
halia tu potong dlm sebesar ibu jari korang.

bahan2 kat atas ni korang campak masuk dalam blender canggih rumah korang. pastu blend dgn sedikit air** sikit je tau..xmo cair sgt sebab nanti nak perap xbest.. pastu korang tambah sedikit garam dalam blender tu dan blend lagi.(jgn kau humban setong garam**rasa la rencah tu lepas letak garam..kalau tak cukup tambah lagi)

pastu dah setel korang perap la ayam tu dgn bahan2 yg dah diblend..perapla dalam satu malam lagi bagus..tapi kalau dah xsabar nak makan masakan korang yg ala2 MasterChef ituh boleh la perap dalam 4 jam cmtu..

ok lepas dah perap..korang boleh la bagi ayam yg korang perap tu berenang dalam lautan tepung beras..kasi golek2 kat tepung beras..yerr jgn terkejut mmg warne die jadi putih lepas digolek2 itu..tujuannye utk kasi ranggup...lepas tu korang leh la goreng ayam tu dalam minyak yg penuh n panas..ingat MINYAK KENE PANAS BETUL2 kalau x ayam tu SEMPUT(xgaring langsung)**mcmana nak tau minyak panas..korang try letak rencah tu sket..kalau die leh goreng maknanya minyak tu dah panas,,,

Pastu nak makan Ayam Penyet ni yg paling penting skali ialah SAMBAL die..so meh sini aku ajar buat sambal die...memang leceh sket tapi berbaloi.

20 btg cili merah( ptg buang bijiknye) potong kecil2
10 bijik cili padi
10 bijik bwg merah korang hiris ( kalau takde letak 5 bijik bwg besar)
3 ulas bwg putih koraang hiris
5 bijik tomato kasi kerat 4 cam biasa
belacan (kalau korang beli yg dalam kotak kecik tu dah cukup) ala dalam panjang jari telunjuk korang pun ok gak..
ikan bilis segenggam
5 sudu gula merah

ok first2 guna minyak dalam stgh cawan korang goreng ikan bilis..pastu letak tepi dlm bekas...pastu korang goreng belacan tadi kejap je tau jgn sampai hangus then letak dalam satu bekas..pastu korang gunakan minyak yang sama masukkan cili, bwg merah dan bwg putih tadi..sampai sume tu layu dalam kuali..masukkan tomato...pastu korang gaul2..tutup api dan letak dalam satu bekas..bagi semua yg korang buat tadi sejuk...pastu masukkan semua tu dalam satu blender Blend sampai separa halus. Pastu masukkan semula dalam kuali takyah bubuh minyak sebab die akan ditumis mcm sambal biasa. pastu korang tambah la gula merah dan garam then agak2 mcm dah gelap2 merah sket leh la tutup api.

pastu korang leh la makan ngan ayam..kalau sedia sehari awal mmg lagi sedap la sambal ni.

Nak buat nasi senang je..m,asak nasi mcm biasa tambah pati ayam knorr dalam tu je. kalau nak tanya apa2 silalah tanya di kotak chat sebelah. =)ni lah die Ayam Penyet yang aku berjaya buat..tapi xde nasi la..hoho..

::Ayam Penyet::



7 comments:

Hush said...

mesti display kat lesung batu ke?
haha :D

Syed Azman Syed Ismail (S.A.S.I) said...

itu namanya art of cooking~ hahaha...

anotherstep said...

bleh jd cef ni...

Syed Azman Syed Ismail (S.A.S.I) said...

hahah~zahir2...xla..sekadar hobi je

Miss Sunshine said...

lepas ni boleh bukak kedai nasi ayam penyet kat sabah... ^_^

cryclown said...

blanje la..mlas la nak mask..hahaha

Syed Azman Syed Ismail (S.A.S.I) said...

sunshine: hahah~ xlarat den
Cryclown: Meh sabah aku blanje~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...