Wednesday, September 14, 2011

Manusia Manusia::

aku terpikir sesuatu hari ni selepas baca surat khabar hari ni ( baca online je::al maklumla susah nak masuk kertas tu kt sini). aku pelik betul..sepanjang aku hidup selama 25 tahun ni..byk jenis orang yang aku jumpa..apa yg akunak kogsi hari ni boleh la kita sama2 pikirkan.. sehingga skrg mesti mcm2 orang yang korang dah kenal kan..ada yg korang suka ada yg korang rasa nak menganjeng je sbb tak suka.. aku sebenarnya ada mengkategorikan beberapa peel atau kerenah manusia..korang boleh sedia tambah ye.. maklumlah aku pun sedang belajar jugak ni..

Kategori Pertama: Manusia Yang Baik::

Manusia yang macam ni yang memang boleh menjaga hati kita la..dari segi perangai, pemakaian dan juga rupa bukan jadi ukuran. tapi nak kenal orang macam ni kene tengok dari segi amalan nya..akhlak nya juga. sebab ada orang jenis cakap berapi tapi habuk pun tarak. sebab aku ingat lagi ustaz aku ada pesan **Ilmu dan Amal adalah 2 perkara yang berbeza..tak semestinya ko bijak ada semua ilmu agama ko baik ouh tidak selagi ko xmengamalkannya anda belum dikategorikan seperti itu. Manusia yang baik ni selalunya hemah bila berkata-kata pastu kita susah nak tengok dia ni EGO atau BONGKAK...


Kategori Kedua: Manusia yang Buruk::

Maksud aku buruk bukan dr segi rupa. tapi PERANGAInya. Pattern yang selalu aku jumpe kt dunia ni contohnya ::

Teratai : Dahlia, kita kena buat rancangan tahunan ke?
Dahlia : eh, xyah la.. rilek je.
Teratai : Awak xbuat la ek?
Dahlia : maleh la.
Pemantau : Hey Teratai kenapa awak tak buat Rancangan Tahunan?? cuba lah rajin sket macam si Dahlia ni.. semua die buat..
Teratai : err..saya minta maaf cik. (sambil tengok di buku Dahlia~yer die memang buat)

Dibelakang Teratai

Dahlia : cik, saya sebenarnya dah suruh Dahlia buat Rancangan Tahunan tu..tapi ntahla...
Pemantau : laa malasnye die.. bagus la die dapat rakan mcm awak yg boleh menasihati die.

Adess. tak ke macam haremm cengitu perangai orang.. banyak lagi situasi yg boleh aku bagi contoh. tapi cukuplah sekadar itu.

Kategori Ketiga: Manusia Sok Suci::

Haa yang ni la paling bahaya sekali. aku paling tak suke n benci ngan makhluk yang macam ni. nak aku bagi contoh?? contoh yang paling mudah::

Contoh 1::
Dikhalayak ramai depan ustaz2:
Akim : Mat, kenapa ko tak pergi surau baca yasin..kan ke hari ni Malam Jumaat. kan elok mengimarahkan Malam Jumaat. **bla2 ceramah sket.
Mat : Hmm ok2. InsyaAllah aku pergi.

Malam yang sama Mat pergi bilik kawan Mat, nama die Arip . Buka je pintu nampak Akim ngan Arip:

Mat : Akim, Arip, ko tengok apa tu?
Aris : Rilex la Mat. Xjantan la kalau xtengok benda ni.

Sentap hati mak nak. ko sok suci depan ustaz2..tapi belakang macam **(korang label la apa yg patut)

Contoh Dua::

di hadapan orang.
Azam : macam hanjeng kan si Malim tu. ada ke boleh buat aku macam tu. Panas aku. kalau ikut hati aku, aku lempang jugak die tu. Mulut cam taik.
Pais : Jangan cakap macam tu Azam. die manusia gak. Ko banyak la berdoa, Sabar. biar kita jadi golongan yang berssabar.
Orang-Orang : (dalam hati~ bagusnya Pais ni..sangat baik budi bahasa nya)

Dibilik

Pais : Azam, kalau aku jadi ko.. aku g maki je si Malim tu. Biadab tak kena tempat.
Azam : Pttf~ ( dalam hati..bangsat lagi kau dari si Malim tu)

X ke korang sentap bile tengok kejadian ni~ haha..So ini lah tiga je kategori manusia yang aku leh discuss. Banyak lagi..tp sekadar perkongsian yang sedia ada. haha::

2 comments:

Hush said...

sesuatu sangat entri ni tau!
haha!
btw, memang wujud pun manusia macam tu.
cuma nampak tak nampak je.
kalau bertuah.. hah.. hamik kau depan mata kak gayahhhhh!

Syed Azman Syed Ismail (S.A.S.I) said...

haha~sesuatu kan kak gayah..hahah kelass kau mariaaa~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...