Friday, October 28, 2011

Australia Here I Come::

haha~ tajuk Cam best je..memang Lagi Best oo. ok2 straight to the point.. sebenarnya aku pernah bercita-cita masa dah kerja nanti nak g travel merata2..hahah ( ntah2 membe aku Semut Kerdil ni sedang berkata sendirian~bagus lagi kau bercita2 pergi Mekah)..hehehe..kata travel~wajib la Mekah is one of the destination InsyaAllah..will go there =) so i plan ngan my bestie Nuex Rosli..mula2 cadang nak g Paris (kelaaas kau Maria..tp duit tak ikhlas sgt dlm poket ni..bajet xmelepas) cari lagi tiket2 murah Kt Air Asia ( i x promote occay!..hahah tapi kalau Air Asia amik i jadi duta ok, hari2 i promote..hahahha) then, jumpa tiket g Australia~murah..ye sgt murah..dulu dlm 2.5K skrg dlm 1K sahaja.

then aku pun bincang2 ngan Nuex...sbb masa ktorg nak pg ni musim SUMMER..berpikir gak banyak kali..hahah lain la kalau aku kulit putih melepak leh la pergi buat tanned kulit ke..hahah tp aku peduli hape..hahah nak g travel gamaknye..pastu ada membe kt situ kata masa Summer byk benda best kt situ and then its early summer so sejuk jugak sket2~so ktorg pun agreed pergi tarikh nya InsyaAllah 5 December - 10 December..beli la tiket tu..

pastu before pergi ni..ada beberapa perkara yg perlu aku buat..::

1. Buat International Pasport ( hahaha..xpernah ada ye..buat ni pun sbb nak g Brunei Bulan 11 ni).
2. Cari tempat2 best kt sana..plan nak g sydney terus..tp ntah la..stakat ni byk tempat best yg aku dah survey, such as Victoria Market, Crown Plaza, tempat animal conservation, St Khilda Beach, Dockland, South Wharf, Block M(tempat makan student Malaysia) dan banyak lagi sedang survey ni..nak make sure 6 hari disana tak buang masa..hahaha
3. kumpul Duit utk berbelanja disana..hahaha

so doakan semuanya pergi balik selamat occay! till then guys..ciao =)

Saturday, October 15, 2011

10 Things I Love::



Day 2: 10 Things I <3::

1. aku suka baju warna pastel ( ungu, biru,hijau) + warna hitam dan juga putih. dengan kata lain suka cuba warna yang pelik tapi aku selesa n sesuai OK!
2. love to travel::but now in the mission to conquer Korea and Aussie..hehe
3. suka masak dan suka tengok program masak ( duh~ its not lame ok! lelaki masak = MACHO+SEXY)
4. suka tengok benda2 kecil ~ i mean in terms of GADGET ye..
5. suka kumpul cerita walaupun xhabis tengok, bila tu nak habiskan..tunggu episod baru yg lain kuar kot...hahaha,,,perhaps perhaps perhaps?
6. suka kumpul key chain~ ada satu tong besar kt umah..sumer dari hasil PAU daripada membe yg rajin pergi travel.
7. love to see nice n sweet things~ pastu senyum sorang2::bodo..hahaha..xcaye? tanya hazwan..die pernah tgk aku senyum dlm tempoh yg agak lama ye~ lepas tgk sesuatu yg SWEET..
8. suka tengok benda geometri dan abstrak dari frame gambar sampai la ke cadar~::in mission nak beli cadar FUTURISTIK~jumpe kt IKEA..smart!!
9. suka CAKAP dan kadang2 SUKA MEREPEK~ harap bersabar ye dgn aku..hahah
10.suka anda yg sedang membaca ( sape2 la~heee..tiada KONTROBENCI)

Tuesday, October 11, 2011

::All Your Love




gambor ihsan uncle GOOGLE~
finally she came out with her English album. She is Malaysia No 1 songbird.. Dato Ct Dato Ct.. ok fine memang sedap lagu2 dalam cd ni. lagu favourite stakat ni::

Falling In Love
All Your Love
Remember You

yang lain pun best..cuma yg tiga atas ni..mmg ipod top played list..hoho.. ramai yang puji album ni dan tak kurangjuga yang perli2 siti..ada yang siap gelak kt Dato Ct pasal Album dia ni...satu je aku leh gtau "Dont laugh, because guess who's laughing all the way to the bank?'

Hari ni, ada Program Penutur Jati kat skolah aku. Mr Nick Alexander ni kira mcm mentor kepada cikgu2 tahun 1 BI kt skolah aku. pastu td kira ada meeting ngan parents sume lar..al kisahnye..aku ni kene jadi moderator/translator kepada parents n Mr Nick.. walaupun BI aku mcm cakap France geetuh, aku maintain model kt depan parents..hahaha..apa pun everything went well tapi kesian Mr Nick, parents pun xberapa nak paham pasalprogram ni..jadi xbanyak nak ditanya..alih2 soklan pasal homework yang ditanya..hehe..look the pictures below..

aku suka gile gambar ni,..aku dah KURUS sket ye..=P



huh sampai kecut mulut aku translate2..hahaha...
so..nak gtau kt korang, blajar la cakap english bior berterabur pun..jangan malu..pastu yang konon dah hebat BI tu..supportla membe..toksah gelak sangat..jangan ikhlas sangat berlagak tu!..hehe =)

Wednesday, September 21, 2011

TQ Cik Epal =)



ok fine. aku terkedu bila Cik Epal respond my request..haaa nampak tak kt gambo atas tu.. haaha..neway tq cik epal on your tips for the Pudding Triffle..seyes meletop hasil tangan awok..this is my final product for the Pudding Triffle.
abaikan serpih2 kastard tu =)

10 Things About Me::


Day 1: 10 things about me::
Aku:
1. suka masak and baking (enjoy sebab hilang stress)
2. no Cofee or Cafein [stomach allergic kot](tapi yg Starbucks bleh lepas plak perut aku =P)
3. benci orang pura-pura baik (pastu depan cakap ok blakang tikam~)
4. fed up ngan orang yang dengki (xleh tgk kita lebih sket~ada je yg die buat supaya kita down)
5. gadget addicted (byk provekorgdah perasan kan~hahah)
6. kalau aku marah sangat kat orang aku akan diam je..tapi kalau dah melampau aku boleh meletop jugak (sape suruh cucuk sarang tebuan~peduli hape aku )
7. jenis kalau marah kat orang kejap je~pastu kesian balik[ hampeh tol ](tapi bukan utk backstabbers which aku akan ignore unless die dtg minta maaf)
8. in dreams of having bunch of hamsters as my pets ( ye ke ayat ni)hahaha~
9. jadi xmenentu apabila tengok baju2 n seluar smart sehingga kalau xbeli pun xhape janji boleh pakai di FITTING ROOM~hahahaha
10. suka benda kemas (design, susunan) [walaupun bilik aku cm hareem tunggan langgang~tapi bile dtg mood aku..kemas gile]nanti aku post slepas aku kasik cantik bilik ye..hoho

Sunday, September 18, 2011

wordless sunday

speechless
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, September 14, 2011

Manusia Manusia::

aku terpikir sesuatu hari ni selepas baca surat khabar hari ni ( baca online je::al maklumla susah nak masuk kertas tu kt sini). aku pelik betul..sepanjang aku hidup selama 25 tahun ni..byk jenis orang yang aku jumpa..apa yg akunak kogsi hari ni boleh la kita sama2 pikirkan.. sehingga skrg mesti mcm2 orang yang korang dah kenal kan..ada yg korang suka ada yg korang rasa nak menganjeng je sbb tak suka.. aku sebenarnya ada mengkategorikan beberapa peel atau kerenah manusia..korang boleh sedia tambah ye.. maklumlah aku pun sedang belajar jugak ni..

Kategori Pertama: Manusia Yang Baik::

Manusia yang macam ni yang memang boleh menjaga hati kita la..dari segi perangai, pemakaian dan juga rupa bukan jadi ukuran. tapi nak kenal orang macam ni kene tengok dari segi amalan nya..akhlak nya juga. sebab ada orang jenis cakap berapi tapi habuk pun tarak. sebab aku ingat lagi ustaz aku ada pesan **Ilmu dan Amal adalah 2 perkara yang berbeza..tak semestinya ko bijak ada semua ilmu agama ko baik ouh tidak selagi ko xmengamalkannya anda belum dikategorikan seperti itu. Manusia yang baik ni selalunya hemah bila berkata-kata pastu kita susah nak tengok dia ni EGO atau BONGKAK...


Kategori Kedua: Manusia yang Buruk::

Maksud aku buruk bukan dr segi rupa. tapi PERANGAInya. Pattern yang selalu aku jumpe kt dunia ni contohnya ::

Teratai : Dahlia, kita kena buat rancangan tahunan ke?
Dahlia : eh, xyah la.. rilek je.
Teratai : Awak xbuat la ek?
Dahlia : maleh la.
Pemantau : Hey Teratai kenapa awak tak buat Rancangan Tahunan?? cuba lah rajin sket macam si Dahlia ni.. semua die buat..
Teratai : err..saya minta maaf cik. (sambil tengok di buku Dahlia~yer die memang buat)

Dibelakang Teratai

Dahlia : cik, saya sebenarnya dah suruh Dahlia buat Rancangan Tahunan tu..tapi ntahla...
Pemantau : laa malasnye die.. bagus la die dapat rakan mcm awak yg boleh menasihati die.

Adess. tak ke macam haremm cengitu perangai orang.. banyak lagi situasi yg boleh aku bagi contoh. tapi cukuplah sekadar itu.

Kategori Ketiga: Manusia Sok Suci::

Haa yang ni la paling bahaya sekali. aku paling tak suke n benci ngan makhluk yang macam ni. nak aku bagi contoh?? contoh yang paling mudah::

Contoh 1::
Dikhalayak ramai depan ustaz2:
Akim : Mat, kenapa ko tak pergi surau baca yasin..kan ke hari ni Malam Jumaat. kan elok mengimarahkan Malam Jumaat. **bla2 ceramah sket.
Mat : Hmm ok2. InsyaAllah aku pergi.

Malam yang sama Mat pergi bilik kawan Mat, nama die Arip . Buka je pintu nampak Akim ngan Arip:

Mat : Akim, Arip, ko tengok apa tu?
Aris : Rilex la Mat. Xjantan la kalau xtengok benda ni.

Sentap hati mak nak. ko sok suci depan ustaz2..tapi belakang macam **(korang label la apa yg patut)

Contoh Dua::

di hadapan orang.
Azam : macam hanjeng kan si Malim tu. ada ke boleh buat aku macam tu. Panas aku. kalau ikut hati aku, aku lempang jugak die tu. Mulut cam taik.
Pais : Jangan cakap macam tu Azam. die manusia gak. Ko banyak la berdoa, Sabar. biar kita jadi golongan yang berssabar.
Orang-Orang : (dalam hati~ bagusnya Pais ni..sangat baik budi bahasa nya)

Dibilik

Pais : Azam, kalau aku jadi ko.. aku g maki je si Malim tu. Biadab tak kena tempat.
Azam : Pttf~ ( dalam hati..bangsat lagi kau dari si Malim tu)

X ke korang sentap bile tengok kejadian ni~ haha..So ini lah tiga je kategori manusia yang aku leh discuss. Banyak lagi..tp sekadar perkongsian yang sedia ada. haha::

Tuesday, September 13, 2011

::Cubaan::

harap maaf ye,ni bukanlah rebiu rancangan akhil hayy itu. hoho..simpang jap. bukanlah aku tak suka rncngan tu tp aku rasa mcm xsesuai je wadah ngan madah. paham? hahaha xpe2 abaikan je. so sebenarnya aku br donlod satu application kt SGT aku..nama die Blogger-droid dimana aku leh hapdet blog kat SGT pakai application ni je. tp aku xtaula sebagus mana app ni. tu yg aku try test jap. hoho kalau ok bolehla kadang2 pakai ni je hapdet. ekceli kan berbaloi pki SGT ni. all in one hands. gambo kt atas tu la mejadi wallpaper SGT ni[try haplod gambo tgk jdi x]..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, September 10, 2011

Nasi Ayam Penyet::

ok ok makcik2, kakak2, abang2 dan juga hadek2 mari sini blajo cmne nak buat nasi ayam penyet. sebelum ni aku mmg suka makan mknn maharaja ni~ credit to Nuex. pastu setiap kali aku ngan family g ke Chow Kit ktorg wajib beli Nasi Ayam Penyet ni kat Maju Junction. Memang sedap la..rugi kalau x beli.. dah slalu beli skrg ni kan dah tercampak ke Sabah xkan nak naik Jet Bapak aku balik ke Maju Junction utk beli? kau hado? terpaksala blajo buat sendiri..mula2 mcm Seriau la(eh korang tau kan seriau tu apa? hahah..**ok2 seriau=risau**bahasa utara ye) nak buat sendiri takut rasa mcm ayam goreng hempap ke tanah kucing pun muntah...tapikan tapikan..Alhamdulillah menjadi...kalau aku buat leh jadi korang apa tah lagi kan? btw resepi ni aku dapat kt blog yg aku cuba cari balik tapi tak jumpa...adess..Maafkan saya ye Tuan Blog..mari kita tengok cmne nak perap ayam ni dulu..

ayam ni korang kena ada seekor. ye la takkan nak masak 1 ketul je..
pastu ni rahsia rempah perapan::

stgh sudu jintan manis, 3 sudu ketumbar, stgh sudu jintan putih (semua ni korang sangai)**tau kan sangai tu apa? sangai tu goreng atas kuali tanpa minyak.
1 sudu serbuk kari ayam babas(korang nak guna yg lain pun boleh tapi Babas ni sedap sket rasa)
1 sudu serbuk kunyit
stgh sudu serbuklada putih
halia tu potong dlm sebesar ibu jari korang.

bahan2 kat atas ni korang campak masuk dalam blender canggih rumah korang. pastu blend dgn sedikit air** sikit je tau..xmo cair sgt sebab nanti nak perap xbest.. pastu korang tambah sedikit garam dalam blender tu dan blend lagi.(jgn kau humban setong garam**rasa la rencah tu lepas letak garam..kalau tak cukup tambah lagi)

pastu dah setel korang perap la ayam tu dgn bahan2 yg dah diblend..perapla dalam satu malam lagi bagus..tapi kalau dah xsabar nak makan masakan korang yg ala2 MasterChef ituh boleh la perap dalam 4 jam cmtu..

ok lepas dah perap..korang boleh la bagi ayam yg korang perap tu berenang dalam lautan tepung beras..kasi golek2 kat tepung beras..yerr jgn terkejut mmg warne die jadi putih lepas digolek2 itu..tujuannye utk kasi ranggup...lepas tu korang leh la goreng ayam tu dalam minyak yg penuh n panas..ingat MINYAK KENE PANAS BETUL2 kalau x ayam tu SEMPUT(xgaring langsung)**mcmana nak tau minyak panas..korang try letak rencah tu sket..kalau die leh goreng maknanya minyak tu dah panas,,,

Pastu nak makan Ayam Penyet ni yg paling penting skali ialah SAMBAL die..so meh sini aku ajar buat sambal die...memang leceh sket tapi berbaloi.

20 btg cili merah( ptg buang bijiknye) potong kecil2
10 bijik cili padi
10 bijik bwg merah korang hiris ( kalau takde letak 5 bijik bwg besar)
3 ulas bwg putih koraang hiris
5 bijik tomato kasi kerat 4 cam biasa
belacan (kalau korang beli yg dalam kotak kecik tu dah cukup) ala dalam panjang jari telunjuk korang pun ok gak..
ikan bilis segenggam
5 sudu gula merah

ok first2 guna minyak dalam stgh cawan korang goreng ikan bilis..pastu letak tepi dlm bekas...pastu korang goreng belacan tadi kejap je tau jgn sampai hangus then letak dalam satu bekas..pastu korang gunakan minyak yang sama masukkan cili, bwg merah dan bwg putih tadi..sampai sume tu layu dalam kuali..masukkan tomato...pastu korang gaul2..tutup api dan letak dalam satu bekas..bagi semua yg korang buat tadi sejuk...pastu masukkan semua tu dalam satu blender Blend sampai separa halus. Pastu masukkan semula dalam kuali takyah bubuh minyak sebab die akan ditumis mcm sambal biasa. pastu korang tambah la gula merah dan garam then agak2 mcm dah gelap2 merah sket leh la tutup api.

pastu korang leh la makan ngan ayam..kalau sedia sehari awal mmg lagi sedap la sambal ni.

Nak buat nasi senang je..m,asak nasi mcm biasa tambah pati ayam knorr dalam tu je. kalau nak tanya apa2 silalah tanya di kotak chat sebelah. =)ni lah die Ayam Penyet yang aku berjaya buat..tapi xde nasi la..hoho..

::Ayam Penyet::



Friday, September 9, 2011

All The News~

Dedicated to Readers that have waited so patiently~ eceh2... under certain circumstances aku unable untuk hapdete blog ni..tapi nak habaq kat hang...memang sibuk la sejak dua menjak ni..sibuk yg amat sangat..haha~ tapi sepanjang 4 bulan ni..byk benda baru yang aku ada~hoohho..cuba tgk last post aku tu adalah 9 May kan..hahah hari ni 9 September..there a lot of new things in shorts ::Gadgets yg aku ada..

**betul la kata Cik Epal..kalau lelaki xcrite pasal gadget memang tak sah..and then aku dah janji ngan Cik Hush untuk hapdete bile dah dapat gadget yang terakhir ni..

ni kira ala2 rivew gadget la..so korang juga leh hapdete macam apa yg aku buat kat sini...hahah..ala2 xmo ketinggalan zaman la..the first item yang aku nak share ngan korang ialah Ipod Touch Zen 3rd generation. ni la first Apple product yg pernah aku grab..haha..
Ipod Touch 3rd Generation
Ipod ni memang best la..kalau korang mcm teringin nak MP3 tapi nak yg advance bleh la beli yg ni..tp skrg ni dah ada yg latest nye..Ipod Touch 4th generation..siap ada camera lagi..satu lagi bndalah ni leh gak main game bagai~ kalau korng macam nak ipad tp mcm xberkemampuan mcm aku ni leh la mencuba Ipod..stil 'I' jugak kan..

Ok2 sekarang kita pg ke item kedua yg aku beli masa kt sini.. item ni aku beli kononnye nak bersemangatla men'six pax'kan perut aku yg ala2 iklan patung sebelum telan Eno Halia tu..haha..adalah barang6 7 hari aku berjoging ditepi pantai umah aku tuh..hahah..pastu last2 malas dah..dengar dalam umah je..sambil bersenam robik..kata KAU..hahaah
Sony Abs MP3
Pastu lepas aku rasa macam susah je nak g KK asyik kene pinjam keta orang je, pastu atas nasihat bapak aku, ustaz Zakri dan few of my colleague aku pun beli la sebijik keta ni..lite2 je..janji bleh bawk aku pg berjimba sana sini..haha..=) Saga FL ni seriously tidak menghampakan aku..mula2 aku agak xberaapa nak berkenan ngan Saga2 ni..pastu lepas test drive aku melekat sket ngan Unta ni..best2..
Saga FL 1.3
then timbul lak masalah kt Lappy kesayangan aku..sejak 6 tahun guna xde masalah pastu die buat hal lak..xleh on la..adess..nasib aku leh lagi selamatkan Hard drive die...haha.pastu aku balik Taiping tros g beli Toshiba. Laptop ni lagi best dari Acer la..die mmg userfrenly la,,pastu aku mmg saspek la dengan kehebatan processor die..rasa mcm takyah tunggu lama2 tros je buka apa yg aku nak...hahha..meh tengok cemana rupe Lappy Toshy aku ni...
Lappy Toshiba L745
Pastu, aku kan skrg ni selalu gak naik turun Burung Firefly..hahah..pastu aku berazam lah nak grab satu benda ni..Samsung Galaxy Tab P1000.. haha..sebab masa kt aiport tu aku tengok kemain lagi masing2 pakai papan sekeping tu..Ipadla Samsung Tab la..dan lain2...aku maleh beli Ipad sbb die xsupport flashplayer tu yg aku beli Samsung tab ni..ala bndalah papan nipis ni skrg dah murah dah..seriously mmg berbaloi pakai bnda ni..aku baru 2 minggu je pakai benda ni tp aku rasa sape2 nak try pakai mmg berbaloi... pastu xdelah masa kt aiport kalau pakai laptop org pandang pelik..hhahaa..=P
Samsung Galaxy Tab P1000
orait2~ minggu depan budak2 nak exam UPSR..InsyaAllah aku ada masa aku hapdete lagi..tp lepas ni bukan pasal gadget2 dah..pasal2 masak2 pulok..haha..Cik Hush promise completed..**


Monday, May 9, 2011

:: Interbiu SPP

Hari ni aku nak cerita pasal Interview SPP hari tu. Nak dijadikan cerita terkejut gamaknye cek2 semakan Online kat laman spider SPP tu, nama aku telah dipilih **mampoo? haha..untuk temuduga SPP.
Jadi 4hb petang tu aku dah bergerak ke KUDAT. Tengs Ustaz Kashful atas kereta Wajamu yang Gagah Perkasa! Aku gerak skali ngan membe aku yg kene g interbiu tu skali~ Sampai kat Hotel di Kudat**terserempak pulak dgn pegawai SPP yg duduk hotel sama ngan aku..Encik SPP ni la yang gtau "esok yang interbiu kamu ni Dato'..Jgn risau beliau sporting" ::Ada sdkt kelegaan disitu..hoho..pastu esok pagi2 lagi jam 6.30 **which kat sini memang dah cerah bagai..aku g ke PKG tuh..sampai2 masing2 candidate muntah ilmu berdarah la katsitu..sorang tanya sape TYT Sabah, sorang tanya sape Timbalan Pengarah JPN Sabah..haha terkedu jap aku..::**dah tak tahu..aku pun join group muntah ilmu ni..ni la tips2 yang mereka bagi yang mungkin boleh ditanya semasa interbiu2 nanti:::

  1. Menteri Pelajaran
  2. Timb Menteri Pelajaran (**ada 2 orang tu kan)
  3. KKPM
  4. Pengarah Jpn Masing2
  5. Pengarah PPD Masing2
  6. Berapa Warna Bendera Sabah
  7. Warna2 Bendera Malaysia dan penjelasan warna ituh~
  8. Gambo sape kat duit kertas kita ** Tuanku Abdul Rahman ye
  9. Berapa tinggi Gunung Kinabalu
  10. NKRA
  11. PIPP
  12. KSSR
  13. Teori Pembelajaran **Sape pelopor die
  14. Bilik Darjah Berkesan**cterla pasal susunan meja
  15. FPK**nih penting nih
  16. Visi Misi Sekolah
  17. Arah Kiblat**ni kira2 macam cepu emas gak~nasib la sape yg kena
  18. KDNK negara bpe tahun ni
  19. kadang boleh jadi die suruh ngajar**tunjuk set induksi atau penutup
  20. TYT Sabah
  21. Bilangan Murid Sekolah~Gred Apa?
  22. bagi situasi disiplin~
  23. peranan guru disekolah

aku Kumpulan ke 3..dengan aku skali ada 3 org cikgu perempuan..dorang ni dr sekolah menengah**aku je dr sekolah rendah~riso gak masa mula2 masuk..hoho..pastu Dato tu suruh duduk**JANGAN DUDUK SELAGI PENEMUDUGA KORANG TAK BG APA2 ARAHAN~

Nasib aku masa tu::Dato tanya Macamana nak dapatkan Bilik darjah yang berkesan...hoho..terus aku masuk bg pendapat..pastu Dato suruh kitorang ngaja sorang2 sampaila beliau suruh STOP..Dato siap ketawa terbahak2 lagi..memang sporting habisla Dato.. Sebelum balik Dato tu pesan..
Jangan jadi GURU 25hb...Jangan jadi GURU Silibus..Jadi Pendidik bukan Guru semata.. =)
Jadi itulah sedikit sebanyak TIPS untuk pg Interbiu SPP.. Kalua ada sbrg soklan..comment kat bawah ni ye~

Sunday, May 8, 2011

::The Person I Love

Hari ni semua orang busy mengutarakan betapa sayang nya korang pada MAK korang. maklumlah Hari Ibu kan?? Tapi ingat..bukan hari ni sahaja..PAHAM??

"Mak, saya Sayang Mak". ** Mesti hari ni korang call ke atau bangun2 tdo trus je pg cakap kt mak korang camni kan..mungkin ada bahasa lain sket ke..tapi satu shaja aku nak pesan :: apa kata hari2 korang bangun tido, korang call mak bapak korang pastu cakap "I Love You Mom Dad" "Saya Sayang Mak Abah" Percayalah, seronok hati mak bapak korang. mungkin sape yang 1st timer tu mcm weirdo sket, tp InsyaAllah lama2 serasi gak..

Pastu korang selit2kan ucapan doa korang pada mereka** saya doakan mak abah panjang umur, Murah Rezeki, ada kekuatan untuk Beribadah dan macam2 lagi korang boleh doa..INGAT!! Doa anak yang soleh dan solehah akan diMakbulkan Allah. InsyaAllah. simple tak?? so tunggu apa lagi, jangan jadikan hari ni sahaja hari ibu atau bapa..tapi EVERYDAY IS PARENTS DAY::

mesti ada yang cakap, ala nanti dah tak best la, hari2 hari yg sama, lame, layu..Aloo, korang jangan jadi stereotaip sangat.
Hari2 bg ucapan yg sama kan satu DOA..kalau nak lain dari yang lain, apa kata HARI INI korang bwk MAK ABAH korang pg makan2 ke. Tak pun korang cium pipi dorang ke..Kan dah lain dari yang lain.

::Ini untuk MAK dan ABAH Saya ::

Mak Abah, Saya sayang Mak dan Abah. Saya doakan Mak Abah Panjang Umur dan Murah Rezeki. Saya doakan Mak Abah dapat Kekuatan untuk Beribadah. Saya doakan Mak Abah diLimpahi Rahmat dari Allah. Saya berdoa agar saya dapat menjadi anak yang soleh untuk berbakti dan dapat mendoakan untuk kedua ibu bapa saya. Terima Kasih Mak Abah untuk kasih sayang yang tiada batasan, untuk Segalanya. You are the person I LOVE.

Amin.




Saturday, May 7, 2011

::Besties~

Sorry Reader for the lateness in updating the blog~**bajet betul English..relax2 xleh lawan membe aku..die Dewa EnglishI**kata die sendiri::mampoo?? haha.. few thing happens recently yg menyebabkan aku xsempat hapdete blog~for MOST aku tgh prepare utk INTERVIEW SPP::perlantikan PPS(ala2 ke Jawatan Tetap Siswazah)..tp bukan ni aku nak cter..ni cternye::

Date: 2 May 2011

HAPPY 25th BIRTHDAY NUEX~
::Nuex::
This is my bestest fren:: Mohd Khairul 'Anwar bin Rosli aka Nuex.. hari ni hari jadi dia.. sorry dude cant be there to celebrate. Nuex ni sangatlah multi talented person. aku sangatlah kagum dgn dia:: dia ni pelakon teater, berbakat dalam menyanyi, good in cooking and now rupanye he found another talent in him(which dah dekat 1 tahun**aku yg lambat update)..die skrg ni pakar dalam make up2 RETISS(**petik kata2 Cik Epal jap)..after i look at the pictures an his model i were mesmerize!! tak caya?? take a look::

Eh..ni bukan hasil make up~ ni la gambo Tuan punye Belog ngan Nuex** tembam sket ye Syed!!



So ni la hasil kerja tangan Nuex:: mau buat tempahan:: KLIK.


Date : 3 May 2011

Tahniah Dato' Ct~ makin Berkembang Bisnes Anda!!
::Dato' Ct::
Ni seorang lagi my bestie:: bukan Siti Nurhaliza, tapi Siti Zubaidah bt Masran**which aku suka pggl die Dato' Siti(haha..die pun suka dan bangga okeyh!!)..Die ni, aku kenal masa aku kat maktab. Die sangatlah expert dalam English::cuma segan2 nak menonjol. pastu die ada perangai aneh::yakni rajin berimaginasi..hoho..pastu die sgt pandai dlm bab2 buat kek ni.. Actually sebelum2 ni aku tau die slalu tolong ayah die masak kuih muih.

Tapi recently aku tau yg die dah semakin maju dgn bisnes die dgn nama syarikat Czuma Food House.. aku survey2 tengok FB Group die::memang smart design cupcakes, kuh muih tradisional dan cakes2 pun ado.. take a look::






Cantik kan?? nak tempah?? KLIK sini CZuma Food House.



Date : 5 May 2011

All My Condolence To You Syamsila::
::Syamsila::
Nur Syamsila bt Mohd Haris is my another bestie:: die sorang yang sangat kuat semangat!! aku kenal die masa kat Maktab gak..Aku panggil die Syam. Syam ni kreatif orgnye..bagi die papan playwood besar ke kecik ke, die boleh ukir nama korang secantiknya kt situ~**aku xdapt nak tunjuk gambar utk yg ini sbb aku tertinggal key chain yg die bagi kt aku di Semenanjung. pastu, dia ni pantang dicabar:: ko suruh la die buat benda2 gempak, nah hamek kau mmg meletop die buat okeyh**pastu dgn bangga dia akan tanya balik"Kau Ada??" sentap jap**pastu aku diam je..haha..

yang hurdle ni hasil kerja tangan die okeyh!!


ni kerja kumpulan aku ngan die~

Tapi pada hari yang aku taip kat atas ni ada satu perkara terjadi:: Aku masa tu tgh drive baru balik dr INTERVIEW SPP..Aku sampai umah baru aku perasan text dr die.." Syed, Abah aku baru meninggal dunia." zapp! aku terkejut dan terduduk jap. seriously kaget aku. aku tros call die. cter pastu biarlah antara aku ngan die.
Tapi apa pun Syam, ko kene tabah. Ingat, Allah syg abah ko. be strong for you and your family. Allah pinjamkan kita ni sekejap je di dunia.
Blog Readers out there:: sama2 kita sedekahkan Al Fatihah utk Arwah Abah Syam..

Al Fatihah.



Sunday, May 1, 2011

::Addicted Punye Hal~ Boley Jha!!

okey..this is weird..me getting addicted doing blog..kesah plak..okeh jha..skrg ni aku suke baca blog2 yang ada tutorial utk mencantekkan dan meletopkan lagi blog aku~ which**jgn ko tya::
"eh! sama je aku tgk! xchantek pon"..aloo nama pun blajo..sabar2 la..esok lusa tak pun tlat chantekla sket..tau la blog ko tu SANTEK..(utk yg tya soklan cmtu la...)
so antara blog yang menjadi idola layout dan entri tatapan aku sekarang ni adalah::

2. BLOG CIK EPAL (which mmg blog terkenal zaman kini)
3. BLOG CIK WAWA

jangan ingat blog lain aku tak tengok..wajib aku tengok.. sbb korang adalah pencerita dunia bagi aku::so adalah rugi untuk aku tak baca entri2 hebat korang..btw::yg blockquote tu pun baru je aku belajar..kalau jadi Alhamdulillah la~kalau x jangan CURSE aku plak..hoho..credit to Cik Wawa ye~ tengs.. okeh chow:: nak melayan SMALLVILLE S10.
ihsan dari Google Uncle~


::RESEPI MENU LARANGAN KINI

mampos aku, orang tgh sibuk2 larang jual nasi lemak di skolah (1kali seminggu? btol x fakta ni) aku suka2 nak bagi resepi nasi lemak pulak..xpe2 blog aku, suke haku la~ haha..**kasarnye bunyik..sorry.. so sebenarnya nak kongsi dgn penggemar nasi lemak kt luar sana.. bak kata Cik Aminina Batique** mak aih byk kali gak aku quote saudari nih..haha kang ada plak yang tak kenal Nasi LEmak sebagai Authenthic Food in MAlaysia..x keruan nenek moyang kita!!

bising2 pun xguna:: nah resepi nasi lemak yg aku slalu pakai( resepi dari makcik aku yg pg belajar kt KEMAS)

Nasi Lemak** (kalau nak feeling2 baca lah bawah ni dgn gaya Ala-Ala Chef Wan)

bahan- bahannye:
3 pot beras (guna je brapa pot korang nak pakai)
santan 1/2 cawan
1 sudu besaq mentega ( ni la yg lain dr yg lain)
bawang merah dan bawang putih dan halia (hiris halus)-- terpulang byk mana korang nak.. tp jgn lebih dr beras pulok.
garam secubit
serai 2 btg dan daun pandan 2 helai

Cara - Caranye:
1. basuh beras tuh, pastu sukat air die mcm biasa(kurangkan 1/2 cawan)
2. masukkan santan td
3. masukkan bahan-bahan yg lain dan ON je rice cooker tu..

Pastu results die InsyaAllah macam ni::: lepas tu match la nasi tu ngan sambal tumis ikan bilis~

gambar ihsan dr Pakcik Google::

aku xdapat nak snap gambo sbb camera BB dah buat hal~ geram jugak neh baru jatuh 3 kali dah carik pasal. hp cikai kah! atau aku kene tipu..haha BLOKBERRY kah??::
kalau bukan kita nak jaga culture kita!! siapakah lagi?? jawab..jawab::::



Cherita KonboKesyen

how to start? ermmm.... cmnilah.. setelah penat lelah bertelaah (hahah..boley??) di maktabun(IPG Kampus Perguruan Islam selama 1 Tahun Setengah di (ada stgh di situ ye) dan (IPG Kampus Raja Melewar, Soromban selama 4 Tahun dan aku telah slamat berkonvokesyen di PICC, Putrajaya~for the first time in my life aku berkonvo~(mgkn second kot kalau aku amik kira konvo masa kat Skolah dulu..gohoho)..

apa pun aku puas hati sbb::::
1. aku dapat senangkan hati mak ayah aku dan yang aku telah berjaya menebus kekalahan masa Matriks dulu..
2. aku dapat pensyarah yg sentiasa ada dibelakang untuk menyupport aku dlm kuliah..
3. aku dapat kawan2 yang ada masa susah dan senang yang banyak membantu aku masa belajar(walaupun last minute okeh)..
4. aku dapat buktikan pada Pendengki Lahnat bahawa perbuatan dia tak menjejaskan sikit pun aku~(kalau ada la >..<)
5. yang paling best skali aku dpt puaskan hati aku capai target..

satu nasihat aku utk semua pelajar diluar sana:: jangan kedekut ilmu dan ingatlah apabila kita berkongsi walaupun sepatah kata InsyaAllah Allah pasti akan membalas~ pastu satu lagi nasihat.. jangan menyombong berlagak pandai..tanyalah apa yg tak tahu walaupun dia musuh kita atau die pesaing kita** wink wink...=)

seriously aku xrajin, malas dan dlm erti kata agak last minute ye~ tapi atas berkat doa Mak Abah, Keluarga, Pensyarah, Sahabat2 aku, aku berjaya jugak menggenggam segulung ijazah yang tertera pada ijazah tersebut ::: IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH:::

dan yang paling mengharukan mak dan abah aku ialah part** aku dapat menggengam trofi juga untuk Anugerah Kecemerlangan Akademik(Matematik) Kelas Pertama:::Alhamdulillah~~ hmm nak cter gembira tak boleh banyak2 nanti ada yang aku sedih~ so tgk je lah gambar2 di bawah ni ye..=)

mak dan abah**tq so much=)

my siblings **



Aminina Batique a.k.a tuan punye blog HUSH **tq juga utk dtg dan tq utk adobe tution =)

Ijat** tq for everything..

the moment** siap pin kat mortar tu takut bndalah bulu tu pempek kat muka..haha

family aku**(yg ujung belah kanan skali tu Abg Ipar aku) + Dr Puma

ada few pictures lagi yg tak dapek nak upload sbb insufficient data..~gambar aku ngan bestest fren aku Nuex..xpe2 nanti bila2 aku haploadkan..

so apa pun Alhamdulillah dah selesai semuanya~ tq SO MUCH semua!!!!



Friday, April 22, 2011

sir:: tangan besi ka?

aku rasa post yg sblm ni aku janji nak cter pasal sukan kan?? so here we go~ last last last last week, OMG jln penceritaan yg lame...xmo2..MSS Zon 1 tu buat di SK Kibubuk~which dr tempat aku tu dlm 40 minit...jalan nak ke sana:::seriously xmo pg byk kali..boleh muntah2 dlm prjalanan la~ GROVEL sepanjang jalan.. pastu naik pulak keta 4WD wajib la terhuyung hayang..pening2..at last sampai2 terkejut katak aku tgk padang die mcam sungai ~sort of la( ada sedikit exaggerate disitu ye)..tp somehow mmg agak daif la...kesian aku kt atlet skolah aku..sbb dgn keadaan padang yg mcm :

nampak pusaran air ditengah2 tu~hoho
mana la budak2 ni nak perform..larik je jatuh, larik je jatuh...sian btol kt dorang tu~ so ini lah antara atlet2 cemerlang skolah aku:

fifiana, rahimah

ikhwan, qaim, irfan
at the end of the day, kitorg dpt 1 je emas pastu 3 perak, 1 gangsa~ so these are few pictures yg aku berjaya capture pakai hp murah BB ku::::


jadi mesti korang tertanya2 kan kenapa title mcm tu skali~haha::sbb..masa tengah2 sukan tu..ada budak tanya..

budak: sir, kenapa bha tangan tu? ada parut2..
sir: yang mana?
budak: ni naa sir...
sir: oo tu parut masa sir patah tangan..jadi tulang sir dicntum dgn skru~
budak: sir tangan besi ka?
sir: hmm lebih kurang la..
budak: jgn bha tampar kami sir, boleh mati oo..
budak lagi: iron men la sir..
sir: ko xmau ditamapr jan ko macm2..kasi menang sukan hari ni~

hoho..moralnya lain kali aku kene pakai lengan panjang..kalau x..nampak la parut yg agak xcomel ini::
sila abaikan bulu2 tangan itu ye~ parut itu sahaja difokuskan

so till then::skrg ni tgh layan cter ni..
tq Ijat for the softcopy~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...